Wartawan Al Jazeera maut ditembak tentera Israel

Agensi
Mei 11, 2022 15:12 MYT
Wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh dilaporkan terkena peluru hidup pada Rabu ketika sedang membuat liputan serangan Israel di bandar Jenin.
TEBING BARAT: Tentera Israel telah menembak mati seorang wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin.
Shireen dilaporkan terkena peluru hidup pada Rabu ketika sedang membuat liputan serangan Israel di bandar Jenin dan dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal, menurut kementerian dan laporan Al Jazeera.
Dia disahkan meninggal dunia di hospital.
Video kejadian menunjukkan Shireen ditembak di kepala, kata Nida Ibrahim dari Al Jazeera.
“Apa yang kita tahu buat masa ini ialah Kementerian Kesihatan Palestin telah mengumumkan kematiannya. Shireen Abu Akleh sedang membuat liputan serangan yang berlaku di Jenin, yang terletak di utara Tebing Barat, apabila dia terkena tembakan di kepala,” kata Ibrahim, bercakap dari bandar Ramallah, Palestin.

BREAKING: Israeli forces have shot dead Al Jazeera journalist Shireen Abu Akleh in the occupied West Bank https://t.co/r4YCqK4ieK pic.twitter.com/ujMSdMfE2c

— Al Jazeera English (@AJEnglish) May 11, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ibrahim menggambarkan Shireen sebagai seorang wartawan yang sangat dihormati dan telah bekerja dengan Al Jazeera sejak permulaan perjuangan Intifada Palestin sekitar tahun 2000.
Shireen juga dilaporkan memakai press vest ketika ditembak.
Turut menjadi mangsa ialah seorang lagi wartawan Palestin, kata jurucakap Kementerian Kesihatan.
Ali Samoudi, yang bekerja untuk akhbar Quds yang berpangkalan di Baitulmaqdis, dilaporkan dalam keadaan stabil.
#Al Jazeera #Palestin #tembakan #wartawan
;