Wartawan, aktivis belia bantah hukuman penjara
Sinar Harian
September 16, 2018 07:20 MYT
September 16, 2018 07:20 MYT
Kira-kira 100 aktivis belia dan wartawan Myanmar mengadakan bantahan, menggesa pembebasan dua wartawan Reuters yang dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun kerana memiliki dokumen rasmi tanpa izin ketika menyiasat keganasan terhadap etnik Rohingya.
Bantahan aman tersebut menegaskan, hukuman ke atas kedua-dua wartawan terbabit merupakan satu bentuk ancaman terhadap hak warga Myanmar untuk mendapat maklumat.
Penunjuk perasaan termasuk pelajar sekolah tinggi berkumpul di tengah bandar Yangon semalam, sambil memegang sepanduk dan melaungkan slogan mengutuk sabitan terhadap dua wartawan itu.
Mereka turut melepaskan belon hitam dengan ayat “Bebaskan Wa Lone dan Kyaw Soe Oo.”
Pada 3 September lalu, Wa Lone, 32, dan Kyaw Soe Oo, 28, disabitkan bersalah di bawah Akta Rahsia Rasmi dalam kes yang dilihat sebagai ujian kebebasan demokrasi di Myanmar. - Agensi
#Akta Rahsia Rasmi
#aktivis
#Bantahan
#dokumen rasmi
#Hukuman
#kebebasan demokrasi
#Kyaw Soe Oo
#Myanmar
#pembebasan
#penjara
#protes
#Rohingya
#Wa Lone
#wartawan