Waris-waris mangsa nahas pesawat MH17 pada Rabu menggesa Perdana Menteri Belanda Mark Rutte untuk melancarkan kempen global bagi mendapatkan imej radar yang boleh membantu mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat tersebut.
Pegawai rasmi Lembaga Keselamatan Belanda (OVV) membuat kesimpulan dalam siasatan mereka tahun lepas bahawa pesawat Boeing 777 itu telah ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu BUK buatan Rusia dari wilayah yang dikuasai pemberontak pro-Rusia, lapor AFP.
Namun dalam siasatan itu tidak menyebut siapa yang melancarkan senjata tersebut.
Satu siasatan jenayah berasingan juga dijalankan di Belanda untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Satu surat bantahan telah ditulis oleh waris- waris di Belanda kepada Rutte bagi mempertikai tentang data radar yang tidak disediakan dalam siasatan pihak berkuasa Rusia mahupun Ukraine.
Dalam surat bertarikh 12 Januari itu, mereka tidak boleh menerima apabila maklumat penting tersebut enggan didedahkan.
Mereka mahu Rutte menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk menuntut data tersebut segera.
Para penyiasat Belanda mengakui bahawa maklumat radar kedua telah diterima dari Kiev dan Moscow namun tidak radar utama.
Menurut ICAO, radar utama boleh mengesan kapal terbang atau objek lain walaupun tidak dilengkapi transponder.
Itu bermakna radar utama boleh mengesan trajektori peluru berpandu.
BACA: Penyiasat Belanda kaji tuntutan wartawan dalam siasatan MH17
BACA: Lelaki ditangkap cuba jual cebisan nahas pesawat MH17 sebagai cenderamata
BACA: Malaysia komited pastikan dalang dibawa ke muka pengadilan
Namun para penyiasat Belanda pada Oktober berkata, adalah sangat tidak mungkin sistem radar boleh mengesan peluru berpandu tersebut, tetapi waris menolak pendapat itu sepenuhnya.
Di bawah peraturan ICAO data radar utama perlu disimpan selama 30 hari atau lebih lama jika ia diperlukan untuk siasatan kemalangan.
Namun pegawai rasmi Rusia memberitahu pasukan Belanda bahawa mereka tidak menyimpan data tersebut memandangkan benca itu tidak berlaku di wilayah mereka.
Sementara itu, pihak berkuasa Ukraine berkata sistem radar utama mereka buat masa ini dimatikan bagi kerja-kerja penyelenggaraan berjadual.
Penjelasan Kiev adalah 'tidak boleh dipercayai' sementara alasan Rusia adalah 'aneh', kata waris-waris dalam surat tersebut.
Mereka juga menuntut Amerika Syarikat menyerahkan bukti kerana sehari selepas kejadian nahas, Washington menyalahkan penentang pro-Rusia dengan mengatakan mereka mempunyai imej-imej yang menunjukkan trajektori peluru berpandu.
Kiev telah menyokong tuduhan Washington dalam perkara itu, manakala Moscow menafikan sebarang penglibatan, sebaliknya menyalahkan tentera kerajaan Ukraine.
Pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh ketika terbang pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan bergolak di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Sejumlah 298 mangsa terkorban dalam tragedi itu, termasuk 43 rakyat Malaysia.
Agensi
Thu Jan 14 2016
![Waris mangsa nahas MH17 tuntut siarkan imej radar Waris mangsa nahas MH17 tuntut siarkan imej radar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81448894457_UkraineCrisis.jpg)
Satu surat protes telah ditulis oleh waris- waris Belanda kepada Rutte bagi membantah data radar yang tidak disediakan dalam siasatan pihak berkuasa Rusia mahupun Ukraine. - Foto AFP
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Amaran serangan udara di seluruh Ukraine menjelang sidang kemuncak EU di Kiev Amaran serangan udara di seluruh Ukraine menjelang sidang kemuncak EU di Kiev](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645873016_Kiev.jpg)
Amaran serangan udara di seluruh Ukraine menjelang sidang kemuncak EU di Kiev
Amaran serangan udara dikeluarkan di seluruh negara pada pagi Jumaat menjelang pertemuan antara Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dan para pegawai kanan Kesatuan Eropah (EU) di Kiev, Ukraine.
![Peluru berpandu Rusia kembali bedil Kiev Peluru berpandu Rusia kembali bedil Kiev](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61665639012_Kiev.jpg)
Peluru berpandu Rusia kembali bedil Kiev
Kerajaan Ukraine mengesahkan di saluran Telegram pasukan penyelamat sudah berada di lokasi.
![Syria putuskan hubungan diplomatik dengan Ukraine Syria putuskan hubungan diplomatik dengan Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-04/41491624397_Syria.jpg)
Syria putuskan hubungan diplomatik dengan Ukraine
Syria pada Rabu memutuskan hubungan diplomatik dengan Ukraine sebagai tindak balas kepada langkah sama yang diambil Kiev pada bulan lepas.
![Jokowi tiba di Kiev, adakan pertemuan dengan Presiden Ukraine Jokowi tiba di Kiev, adakan pertemuan dengan Presiden Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61656507582_TBJOKOWIDODO.jpg)
Jokowi tiba di Kiev, adakan pertemuan dengan Presiden Ukraine
Pemimpin nombor satu Indonesia itu mencuri tumpuan apabila menjadi satu-satunya pemimpin dari rantau Asia yang bersemuka dengan Zelenskyy.
![Penjenayah perang pertama krisis Rusia-Ukraine didakwa Penjenayah perang pertama krisis Rusia-Ukraine didakwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652449838_TBVadimShishimarin.jpg)
Penjenayah perang pertama krisis Rusia-Ukraine didakwa
Perbicaraan jenayah perang yang pertama sejak krisis Rusia-Ukraine bermula pada Jumaat di Kyiv.
![Jill Biden buat lawatan mengejut ke Ukraine Jill Biden buat lawatan mengejut ke Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652025690_JillBide.jpg)
Jill Biden buat lawatan mengejut ke Ukraine
Wanita pertama Amerika Syarikat, Jill Biden membuat lawatan mengejut ke Ukraine pada Ahad untuk menunjukkan sokongan kepada rakyat negara itu.
![Krisis Rusia-Ukraine: Serangan bom di Kiev musnahkan bangunan Krisis Rusia-Ukraine: Serangan bom di Kiev musnahkan bangunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41651192368_RussiaUkraineWar.jpg)
Krisis Rusia-Ukraine: Serangan bom di Kiev musnahkan bangunan
Pekerja perkhidmatan kecemasan berusaha memadamkan kebakaran dan membantu orang awam yang terkesan.
![Moscow hantar nota amaran kepada AS mengenai penghantaran senjata ke Ukraine Moscow hantar nota amaran kepada AS mengenai penghantaran senjata ke Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645933701_ukraine.jpg)
Moscow hantar nota amaran kepada AS mengenai penghantaran senjata ke Ukraine
Moscow menghantar nota kepada Washington memberi amaran bahawa bekalan senjata NATO ke Kiev memburukkan lagi konflik Ukraine.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71638189911_BAP.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Tentera Rusia kembali berkumpul berhampiran Kiev Tentera Rusia kembali berkumpul berhampiran Kiev](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51645847317_kiev.jpg)
Tentera Rusia kembali berkumpul berhampiran Kiev
Ukraine mendakwa tentera Rusia mengebom bandar-bandar di negara itu dan turut memusnahkan sebuah hospital psikiatri.