Waris anak kapal ARA San Juan tidak putus asa harapkan kepulangan
Agensi
Mei 15, 2018 07:34 MYT
Mei 15, 2018 07:34 MYT
Selepas enam bulan sebuah kapal selam tentera Argentina dilaporkan hilang di laut dengan 44 anak kapal, saudara mara mangsa berkumpul di pangkalan kapal itu di Mar del Plata pada Selasa.
Mereka mengibarkan bendera Argentina sambil memegang gambar orang tersayang dan menyatakan kekecewaan terhadap cara penyiasatan dijalankan pihak berkuasa.
Kapal selam ARA San Juan hilang pada 15 November, 2017.
Rusia menjadi negara asing terakhir menarik diri daripada operasi pencarian pada awal April lalu selepas usaha yang disertai beberapa negara itu berjalan selama beberapa bulan.
Tiada hipotesis yang jelas tentang apa yang menyebabkan kehilangan ARA San Juan dan ketika ini, hanya satu kapal Argentina yang masih meneruskan usaha pencarian.
Kapal selam diesel elektrik kelas TR-1700 itu, yang dibuat di Jerman dan beroperasi sejak tahun 1980an, hilang ketika ia berlayar dari Ushuaia, di selatan Argentina.
Ia dalam perjalanan menuju ke Mar del Plata, 400km selatan Buenos Aires, selepas mengambil bahagian dalam satu latihan ketenteraan.
#anak kapal
#ara san juan
#Argentina
#diesel elektrik
#hilang
#kapal selam
#mangsa
#mar del plata
#operasi
#pencarian
#Rusia
#Tentera Laut