Warga Tunisia lancar mogok gesa kerajaan naikkan gaji

Astro Awani
Januari 18, 2019 00:19 MYT
Peserta demonstrasi melaungkan slogan ketika mengadakan tunjuk perasaan membantah keengganan kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam di Tunis, Tunisia, 17 Jan, 2019. REUTERS
Ribuan warga Tunisia yang diketuai kesatuan sekerja UGTT melancarkan mogok di seluruh negara pada Khamis bagi membantah keengganan kerajaan menaikkan gaji 670,000 kakitangan awam.
Mogok yang dianjurkan di jalanan itu melumpuhkan sistem pengangkutan kereta api, bas dan trafik udara.
Ini merupakan mogok terbesar yang pernah dianjurkan sejak pembunuhan ahli politik pembangkang, Chokri Belaid pada Februari 2013 yang menyaksikan Tunisia beralih kepada demokrasi selepas penyingkiran diktator Ben Ali dua tahun sebelum itu.
Susulan mogok tersebut, Perdana Menteri Youssef Chahed memberi amaran bahawa ia akan mendatangkan kesan besar kepada ekonomi negara yang sudah sedia rapuh.
Beliau kemudiannya menjemput wakil kesatuan ke meja rundingan.
#kakitangan awam #kerajaan #kesatuan sekerja #mogok #naik gaji #Perdana Menteri #Tunisia #Youssef Chahed