Warga tua dikerat, diasin, dimasak anak sendiri

Agensi
Ogos 6, 2014 14:47 MYT
Gambar Hiasan
Sepasang warga tua di Hong Kong, di usia 60-an, diberitakan dikerat, diasin dan dimasak selepas dibunuh anak mereka sendiri serta rakannya, South China Morning Post melaporkan.
Bagaimanapun, anak pasangan itu Henry Chau Hoi-leung, 30 dan rakannya mengaku tidak bersalah melakukan pembunuhan tersebut, di Mahkamah First Instance, semalam.
Menurut pendakwaraya Michael Arthur, Henry Chau dan rakannya Tse Chun-kei, 36, telah merancang pembunuhan itu berbulan lamanya dan telah membeli pisau, peti sejuk, ketuhar gelombang mikro dan periuk nasi, lapor harian tersebut.
Kepala dan organ Chau Wing-ki, 65, serta isteri Siu Yuet-yee, 62, ditemui dalam dua peti sejuk pada 15 Mac, manakala kotak cebisan mayat mereka diasin dan dipek di dalam bekas makanan.
Pasangan warga tua itu telah dibunuh pada 1 Mac tahun lepas.
Chau Wing-ki and Siu dilihat masih hidup pada 1 Mac, melalui rakaman CCTV, memasuki bangunan di Tai Kok Tsui bersama Henry Chau.
Menurut pendakwaraya, Henry Chau meninggalkan bangunan kira-kira 20 minit kemudian.
Dia ke hospital bagi mendapatkan rawatan untuk luka di tangannya, yang didakwa pendakwaraya kesan daripada pergelutan dengan ayahnya, harian tersebut melaporkan.
Mahkamah dimaklumkan bahawa Henry Chau melaporkan kepada polis tiga hari kemudian bahawa ibu bapanya didapati hilang setelah pergi ke tanah besar "untuk berseronok."
“Tetapi pada masa sama, Henry Chau menghantar mesej WhatsApp dari dalam balai polis kepada rakannya di mana dia mengaku membunuh ibu bapanya dan memerlukan lebih masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan sebelum menjalani hukuman penjara seumur hidup, pendakwaraya berkata,” harian itu melaporkan.
Selepas menahan kedua-dua suspek pada 15 Mac, polis menggeledah pangsapuri di 38 Fuk Chak Street di Tai Kok Tsui dan menemui mayat yang dikerat-kerat itu.
Harian itu melaporkan bahawa polis juga menemui nota dan resit yang menunjukkan pasangan suspek itu telah merancang pembunuhan tersebut pada November 2012.
Selepas penahanan mereka, Henry Chau memberitahu polis dia membunuh ibu bapanya kerana tidak lagi berasa sayang terhadap mereka.
Chau yang mengaku melakukan pembunuhan itu turut menuduh Tse mengerat mayat selain mengasinkan dan dan memasukkannya ke dalam kotak kerana “tidak muat dalam peti sejuk.”
“Satu lagi cara yang didakwanya Tse lakukan ialah memasak bahagian mayat. Katanya, Tse kelihatan seperti "mencincang daging babi barbeku", sebelum memasukkan cebisan mayat ke dalam kotak nasi bersama nasi dan membuangnya ke dalam tong sampah,” lapor harian tersebut.
Tse, walau bagaimanapun, menafikan penglibatannya di dalam pembunuhan itu.
Dia berkata dalam temu bual video dengan polis bahawa Henry Chau menunjukkannya sebuah kotak dengan tangan manusia dan bahagian tubuh yang lain.
Dia kemudian diberi amaran selepas melihat kotak dan bahagian tubuh itu bahawa sukar untuk Tse meyakinkan orang ramai yang dia tidak terlibat mengerat mayat tersebut.
Perbicaraan bersambung hari ini.
#anak #bunuh #Henry Chau #Henry Chau Hoi-leung #ibu bapa #Siu Yuet-yee #Tse Chun-kei #warga tua
;