Warga Switzerland mangsa rogol berkumpulan di India
AFP
Mac 16, 2013 18:10 MYT
Mac 16, 2013 18:10 MYT
Seorang pelancong wanita dari Switzerland dilaporkan menjadi mangsa kejadian rogol berkumpulan terbaru di India.
Sebelum kejadian wanita itu dikatakan sedang berbasikal bersama suaminya di negeri Madhya Pradesh.
Sekitar tujuh hingga lapan lelaki kemudiannya menyerang mereka pada malam Jumaat dan bertindak merogol wanita itu selain merompak pasangan itu, menurut polis.
Penyerang-penyerang tersebut juga dikatakan “mengikat lelaki tersebut dan merogol isterinya dihadapannya”, kata pegawai polis tempatan, S.M. Afzal yang memberitahu AFP.
Menurutnya mereka mengambil wang sejumlah 10,000 rupees (RM575.42) beserta telefon bimbit milik wanita tersebut.
Selepas kejadian itu, mangsa rogol tersebut yang berumur 40 tahun telah dimasukkan ke sebuah hospital di bandar Gwalior kira-kira 342 kilometer dari bandar Bhopal.