Warga Singapura mengaku bersalah di AS jadi ejen perisikan China

Agensi
Julai 25, 2020 13:39 MYT
Dalam pertuduhan tersebut Wei Yeo mengaku bekerja untuk perisikan China antara tahun 2015 dan 2019. - Gambar hiasan
SEORANG warga Singapura mengaku bersalah di Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan sebagai ejen perisikan China, dalam kejadian terbaru membabitkan pertikaian antara dua negara itu.
Jabatan Kehakiman AS memberitahu, Jun Wei Yeo, dituduh menggunakan perundingan politiknya sebagai cara untuk mengumpulkan maklumat untuk perisikan China.
Dalam pertuduhan tersebut Wei Yeo mengaku bekerja untuk perisikan China antara tahun 2015 dan 2019.
Dalam pengakuan tersebut, dia mengaku menyasarkan warga AS yang memiliki akses keselamatan tahap tinggi dan meminta mereka menulis laporan untuk pelanggan palsu.
Bagaimanapun, laporan tersebut dihantar kepada pemerintah China.
Wei Yeo ditangkap selepas terbang ke AS pada November 2019.
Dia direkrut oleh perisik China semasa bekerja sebagai ahli akademik di National University of Singapore (NUS).
Terdahulu, China mengarahkan menutup konsulat AS di Chengdu.
#Amerika Syarikat #China #jun wei yeo #perisik #warga singapura
;