Warga Singapura dan Jepun antara 20 hilang dalam insiden bot karam di China

AFP
Januari 16, 2015 11:52 MYT
Tiga telah berjaya diselamatkan dan pasukan kecemasan yakin ramai yang terperangkap di dalam bilik kabin bot yang terbalik itu. - Foto AFP
Lebih 20 penumpang sebuah bot termasuk beberapa warga asing dilaporkan hilang dalam insiden sebuah bot karam di Sungai Yangtze di Jiangsu ke timur negara itu.
Menurut agensi berita tempatan Xinhua, turut hilang pemilik dan sekumpulan juruteknik bot itu yang sedang mengadakan ujian bersama 24 penumpang yang lain.
Tiga telah berjaya diselamatkan dan pasukan kecemasan yakin ramai yang terperangkap di dalam bilik kabin bot yang terbalik itu.
Turut dilaporkan “tujuh atau lapan” warga asing yang hilang termasuk dari Singapura, India dan Jepun.
Laporan awal turut menyebut seorang warga Perancis berkemungkinan turut terbabit.
Menurut salah seorang yang terselamat, seorang jurutera Jepun sedang menjalankan ujian sebelum bot itu tiba-tiba menyendeng dan dipenuhi air.
Usaha untuk mengapung bot terbabit sedang giat dijalankan dan usaha menyelamat mangsa yang mungkin terperangkap.
#bot #China #lemas #Singapura #Sungai Yangtze
;