Warga Romania beri penghormatan terakhir kepada Raja Michael

Agensi
Disember 16, 2017 07:28 MYT
Upacara yang berlangsung di Bucharest itu turut dihadiri golongan kerabat diraja Eropah antaranya Putera Charles, Raja Sweden King Carl XVI Gustaf dan Permaisuri Silvia. - Foto REUTERS/Stoyan Nenov
Ribuan warga Romania berkumpul bagi memberi penghormatan terakhir kepada bekas pemerintah Romania, Raja Michael yang meninggal dunia pada 5 Disember lalu di Aubonne, Switzerland.
Raja Michael yang diputerakan pada 25 Oktober 1921 meninggal dunia pada usia 96 tahun kerana penyakit leukemia.
Upacara yang berlangsung di Bucharest itu turut dihadiri golongan kerabat diraja Eropah antaranya Putera Charles, Raja Sweden King Carl XVI Gustaf dan Permaisuri Silvia serta bekas pemerintah Sepanyol, Raja Juan Carlos dan Permaisuri Sofia.
Raja Michael pernah memegang tampuk pemerintahan diraja Romania sebanyak dua kali iaitu pada 20 Julai 1927 sehingga 8 Jun 1930 dan 6 September 1940 sehingga 30 Disember 1947 sebelum sistem beraja Romania dimansuhkan.
Jenazah Raja Michael dimakamkan di Curtea De Arges bersebelahan isterinya Anne de Bourbon-Parme yang meninggal dunia pada tahun 2016.
#Aubonne #Bucharest #leukemia #mansuh #Prince Charles #Raja Michael #Romania #Switzerland
;