Warga Mesir bergelut dengan krisis inflasi

Astro Awani
Februari 1, 2013 15:21 MYT
Usaha Presiden Mesir,Mohamed Morsi cuba menyelamatkan ekonomi negara itu menemui jalan buntu apabila warganya kini masih bergelut dengan krisis inflasi serta peningkatan harga barangan.
Warga Mesir yang kecewa menyeru Morsi supaya mula memberi perhatian serius kepada ekonomi negara itu bermula dengan perkara paling mustahak iaitu menstabilkan keadaan politik.
Kerajaan Mesir pada penghujung 2012 telah memperkenalkan polisi baru bagi pengawalan nilai matawang dalam usaha menyelamatkan paras simpanan matawang asingnya yang parah.
Polisi tersebut melibatkan pengawalan terhadap kuantiti dan kekerapan lelongan bagi matawang dolar.
Langkah tersebut bagaimanapun telah mengakibatkan nilai matawang pound Mesir melemah dengan ketara sebanyak 6 peratus pada Januari.
Kesannya,nilai simpanan matawang asing Mesir merosot sebanyak 60 peratus kepada AS$15 bilion pada penghujung 2012 berbanding AS$36 bilion pada awal tahun 2011.
Berikutan kelemahan nilai matawanganya yang berterusan, penganalisis menjangkakan kadar inflasi mesir akan terus meningkat sehingga melebihi kadar puratanya sejak 2 tahun lalu.
#krisis inflasi #Mohamed Morsi
;