Warga Indonesia digesa segera tinggalkan Palestin, Israel

Agensi
Oktober 10, 2023 03:05 MYT
Penduduk Israel meninjau keadaan di bangunan kediaman mereka. -Gambar AP
KESEMUA warganegara Indonesia yang berada di Israel dan wilayah Palestin diminta untuk segera meninggalkan kawasan-kawasan tersebut.
"Berikutan situasi keselamatan terkini dan untuk keselamatan warganegara Indonesia, kerajaan Indonesia menggesa warganegara Indonesia yang tinggal di wilayah Palestin atau Israel untuk segera meninggalkan kawasan-kawasan ini," kata Kementerian Luar Negeri Indonesia dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Dalam masa sama, mana-mana rakyat Indonesia yang merancang untuk melawat kedua-dua kawasan ini juga dinasihatkan untuk membatalkan perjalanan mereka. - Agensi
#Palestin-Israel #warganegara Indonesia #Kementerian Luar Indonesia #israel serang gaza