Warga Hong Kong protes mahu pembaharuan politik
Agensi
Januari 2, 2019 09:27 MYT
Januari 2, 2019 09:27 MYT
Ribuan penunjuk perasaan pro-demokrasi mengambil bahagian dalam protes tahunan tahun baharu di Hong Kong pada Selasa.
Mereka menuntut proses pembaharuan politik dan menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan pengaruh Beijing terhadap bekas tanah jajahan British itu, yang dijanjikan kebebasan bersuara dan kuasa separa-autonomi semasa penyerahan kuasa pada 1997.
Bantahan itu turut disertai pembangkang yang membangkitkan isu projek penambakan Pulau Lantau yang disifatkan mempunyai kos yang tinggi dan kesan kepada alam sekitar.
Pada 2014, protes besar-besaran oleh kumpulan pro-demokrasi yang dikenali sebagai Gerakan 'Umbrella' merupakan tempoh paling tegang di bandar raya Hong Kong itu.
#autonomi
#Gerakan Umbrella
#Hong Kong
#pembaharuan politik
#pembangkang
#pro-demokrasi
#protes
#tahun baru
#tunjuk perasaan
#Umbrella Movement