Warga emas terpelanting tujuh meter disondol lembu
Sinar Harian
Februari 18, 2025 09:50 MYT
Februari 18, 2025 09:50 MYT
Lelaki warga emas terpelanting tujuh meter ke udara selepas diserang lembu liar. - Foto Sinar Harian
GUJARAT: Seorang lelaki warga emas cedera parah selepas diserang seekor lembu liar di Kampung Samman Madhapur, daerah Bhuj Tehsil.
Insiden yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan lelaki tersebut terpelanting sejauh tujuh meter di udara akibat disondol lembu berkenaan.
Lelaki itu dilihat cuba menghalau haiwan berkenaan menggunakan sebatang kayu, namun lembu itu bertindak agresif dan menyondolnya dengan kuat, menyebabkan dia terpelanting sebelum terhempas ke tanah.
Rakaman video menunjukkan beberapa penduduk yang cuba membantu mangsa terpaksa berundur kerana haiwan berkenaan masih dalam keadaan agresif.
Mangsa segera dikejarkan ke hospital dan dilapor mengalami kecederaan serius.
Pihak berkuasa telah bertindak menangkap lembu tersebut bagi mengelakkan insiden serupa berulang. - Sinar Harian