Warga emas mabuk, pusing bulatan 17 kali sebelum ditahan polis

Agensi
Januari 11, 2018 07:37 MYT
Lelaki berusia 73 tahun yang memandu dalam keadaan mabuk akhirnya berjaya ditahan pihak berkuasa. - Gambar hiasan
Seorang warga emas ditahan polis selepas didapati memandu dalam keadaan mabuk dan mengelilingi bulatan sebanyak 17 kali di bandar Brittany di sini, menurut akhbar Quest France pada Khamis.
Lelaki warga Perancis berusia 73 tahun itu mendakwa tidak mendengar siren polis yang memintanya memberhentikan kenderaan.
Dia bagaimanapun berjaya ditahan pihak berkuasa dan didapati berada di dalam keadaan pening.
Lesen memandu lelaki itu kemudiannya dirampas.
#France #mabuk #polis #warga emas
;