Warga emas ditahan curi barang kemas pada mayat
Astro Awani
Ogos 28, 2021 07:40 MYT
Ogos 28, 2021 07:40 MYT
SEORANG wanita warga emas ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian ke atas beberapa mayat di Perancis.
Dalam serbuan yang dilakukan di rumah wanita berkenaan pada 24 Ogos lepas, polis turut merampas beberapa barangan kemas serta dompet dipercayai dicuri daripada si mati.
Menurut laporan media tempatan, kesemua barangan tersebut dikatakan dicuri semasa upacara memberi penghormatan terakhir di sebuah rumah pengebumian di Lievin yang terletak di utara Perancis.
Wanita berkenaan kini dalam tahanan polis dan akan dihadapkan ke mahkamah pada 2022.