Warga emas campak syiling dalam enjin pesawat ditahan
Agensi
April 17, 2019 13:44 MYT
April 17, 2019 13:44 MYT
Seorang wanita warga emas ditahan gara-gara mencampakkan duit syiling ke dalam enjin sebuah pesawat bertujuan untuk berdoa agar penerbangannya berjalan lancar.
Kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Hohhot Baita semalam, disedari penumpang lain yang ternampak perbuatan warga emas terbabit dan melaporkannya kepada kru penerbangan.
Wanita berusia 66 tahun, hanya dikenali sebagai Yang itu kemudian mengaku kepada pihak berkuasa dia mencampakkan enam keping syiling ke dalam enjin pesawat dan berdoa agar penerbangannya selamat.
Ekoran insiden terbabit, Yang diarah turun dari pesawat dan berkemungkinan berdepan hukuman lanjut daripada pihak syarikat penerbangan. Dalam pada itu, penerbangan ke bandar Chifeng yang tertangguh selama dua jam akhirnya berlepas menggunakan pesawat lain. - Agensi