Warga emas bunuh isteri, kanak-kanak jadi saksi

Faida Rahim
Oktober 7, 2022 15:20 MYT
Suspek dikenali sebagai Steven Barker telah ditahan dah dibawa ke Balai Polis Waverly atas tuduhan membunuh. - Gambar hiasan
SYDNEY: Seorang warga emas berusia 74 tahun didakwa membunuh isterinya berikutan insiden keganasan rumah tangga, semalam.
Wanita berusia 74 tahun itu ditemui cedera parah di kediaman mereka yang terletak di Timur Sydney.
Memetik laporan 9News, pihak berkuasa Sydney menerima panggilan kecemasan dari lokasi pada jam 6 petang semalam.
Mangsa yang mendapat rawatan kecemasan kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital St Vincent beberapa jam selepas itu.
Dalam pada itu, suspek dikenali sebagai Steven Barker telah ditahan dah dibawa ke Balai Polis Waverly atas tuduhan membunuh.
Difahamkan, seorang kanak-kanak turut berada di dalam rumah ketika kejadian akan menjadi saksi dalam proses siasatan.
Permohonan Barker untuk diikat jamin telah ditolak dan akan dihadapkan ke Mahkamah Tempatan Waverley, hari ini.
Sementara itu, salah seorang jiran di kawasan perumahan mangsa mengaku masih terkejut dengan kejadian itu kerana berjalan di depan lokasi ketika kejadian berlaku pada sebelah pagi.
#keganasan rumah tangga #tuduhan bunuh #warga emas #Sydney
;