Warga emas 83 tahun terselamat dalam rompakan bersenjata

Agensi
Disember 6, 2018 15:50 MYT
WARGA emas yang terselamat daripada menjadi mangsa tebusan seorang perompak di Valenca,Brazil - Agensi
Polis menembak mati seorang penjenayah dalam kejadian rompakan di sebuah kedai emas di Valenca, Brazil.
Dalam kejadian berkenaan, seorang warga emas berusia 83 tahun juga dijadikan tebusan oleh perompak itu sejurus polis tiba di tempat kejadian selepas mendapat maklumat daripada orang awam.
Keadaan semakin tegang apabila peompak berkenaan cuba melarikan diri dari kepungan polis.
Penjenayah berkenaan kemudiannya menarik warga emas tersebut seraya mengacukan pistol di kepala tebusan itu.
Menurut polis tentera Brazil, Rio de Janeiro, sejumlah barangan kemas bernilai kira-kira RM54,000 (USD13,000 ) dan sepucuk pistol jenis revolver turut dirampas.
Orang awam yang menyaksikan kejadian itu bersorak kegembiraan selepas warga emas tersebut berjaya diselamatkan oleh pasukan polis.
#Brazil #mati #Rio de Janeiro #rompakan #tembak #warga emas
;