Warga China tahanan Taliban di Pakistan dibebas

APTN
Ogos 24, 2015 16:46 MYT
Ketika ini, Xudong masih ditempatkan di pusat perisikan terbabit sebelum diserahkan ke kedutaan China di Pakistan. - Sumber Foto Facebook nanomT88
Seorang pelancong China yang diculik di Pakistan sejak Mei tahun lalu telah dibebaskan.
Hong Xudong mengembara menaiki basikal merentasi Tibet, Nepal dan utara India sebelum diculik di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan.
Menurut Menteri Dalam Negeri Pakistan Chaudhry Nisar Ali Khan, Xudong telah diserah pihak pengganas kepada anggota perisikan Pakistan pada Isnin.
Ketika ini, Xudong masih ditempatkan di pusat perisikan terbabit sebelum diserahkan ke kedutaan China di Pakistan.
Chaudry berkata, rangkaian Taliban mengaku bertanggungjawab dalam kes penculikan Xudong.
Wilayah penculikan merupakan kawasan yang sering berlaku pemberontakan selain turut menjadi kubu pemberontak termasuk taliban.
#Chaudhry Nisar Ali Khan #Hong Xudong #Pakistan #Taliban