Warga British dibebaskan oleh penculik Indonesia tanpa kecederaan

AFP
Jun 13, 2013 09:20 MYT
Seorang pekerja dari British yang diculik di wilayah Aceh, Indonesia, dibebaskan oleh penculik tanpa sebarang kecederaan selepas ditahan selama sehari, kata pegawai kedutaan dan polis pada Khamis.
Malcolm Primrose diculik pada Selasa lalu oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang menahan kenderaannya sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja di Lubuk Pempeng, sebuah perkampungan di Daerah Aceh Timur sekitar jam 11 pagi (0400 GMT).
Penculik tersebut mengikat pemandu Indonesianya sebelum membawa Primrose menggunakan kenderaan mereka.
Primrose yang berusia awal 60-an menelefon isterinya yang merupakan rakyat Indonesia pada Rabu untuk memeinta wang tebusan, lapor jurucakap polis Gustav Leo kepada AFP.
Mereka meminta sebanyak satu bilion rupiah ($100,000) tetapi menambah jumlah tersebut kepada 5 bilion, menurut Ketua Polis Daerah Aceh Timur Muhajir.
Penculik kemudiannya mengurangkan jumlah tersebut kepada 250 juta rupiah apabila permintaan mereka tidak dipenuhi dengan serta merta, mereka akhirnya mengalah.
“Mereka bosan dan melepaskannya tanpa wang tebusan,” kata Muhajir.
Leo berkata Primrose dibebaskan di tengah-tengah ladang kelapa sawit di Perlak, Timur Aceh.
“Polis menemuinya pagi ini dalam keadaan baik. Dia tidak dicederakan.”
Muhajir mengesyaki penculik tersebut merupakan bekas pejuang dari perjuangan tiga dekad pemisahan Aceh.
Konflik tersebut berakhir pada 2005, tetapi pemerhati telah lama memberi amaran bahawa senjata yang ditinggalkan dari pertempuran boleh menimbulkan ancaman di kawasan itu.
#Aceh #British #culik #Indonesia #selamat #wang tebusan