Warga asing, kanak-kanak antara 84 maut dalam serangan Nice - Hollande
Agensi
Julai 15, 2016 23:31 MYT
Julai 15, 2016 23:31 MYT
Presiden Perancis Francois Hollande mengumumkan pada Jumaat kalangan warga asing dan kanak-kanak antara yang terbunuh dan cedera dalam serangan di Nice, Perancis.
“Ada mangsa rakyat Perancis, dan juga warga asing dari setiap benua dan juga kanak-kanak.
“Ketika ini, 84 orang terbunuh dan 50 lagi dalam keadaan kritikal,” kata Hollande ketika membuat ucapan di sebuah hospital di French Riviera.
Saksi berkata serangan trak tersebut dipandu dengan laju sepanjang 2km setelah 30,000 menyaksikan pertunjukan bunga api sempena hari kebangsaan Perancis.
Hollande sebelum ini menyifatkan serangan ini “tidak dinafikan mempunyai unsur keganasan.”