Warga Afghanistan di India anjur protes tentang pentadbiran Taliban
Khairunnisa Kasnoon
Ogos 23, 2021 05:32 MYT
Ogos 23, 2021 05:32 MYT
RIBUAN warga Afghanistan yang tinggal di India mengadakan protes menentang pengambilalihan Taliban di Afghanistan.
Demonstrasi pada Isnin itu juga menuntut mereka diberikan status pelarian di India.
Penunjuk perasaan berkumpul di luar pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di New Delhi, menuntut keadilan dan masa depan yang cerah untuk kanak-kanak dan wanita Afghanistan.
Majoriti mereka melarikan diri ke India lebih dari 10 tahun yang lalu namun masih tidak diiktiraf sebagai pelarian.
Mereka berjuang untuk menjalani kehidupan yang bermaruah dalam proses birokrasi yang kompleks untuk mendaftar sebagai pelarian di India.
Sistem tersebut masih mundur sejak bertahun lama kerana India tidak menandatangani Konvensyen Pelarian PBB 1951 atau Hubungan Protokol 1967 dengan Status Pelarian.
Bagaimanapun, permintaan untuk status pelarian di kalangan masyarakat Afghanistan di India meningkat apabila Taliban menguasai negara tersebut.