Wanita warga Taiwan dihantar pulang enggan jalani kuarantin di Korea Selatan

Bernama
April 6, 2020 13:05 MYT
Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada Khamis dan dihantar ke kemudahan kuarantin pada hari berikutnya selepas bersetuju menjalani kuarantin.
Seorang wanita Taiwan diusir dari Korea Selatan selepas enggan tinggal di kemudahan kuarantin, lapor agensi berita Yonhap, memetik Kementerian Kehakiman pada Isnin.
Wanita yang identitinya dirahsiakan itu, dihantar pulang pada Ahad selepas enggan membayar perbelanjaan untuk tinggal di kemudahan kuarantin disediakan kerajaan.
Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada Khamis dan dihantar ke kemudahan kuarantin pada hari berikutnya selepas bersetuju menjalani kuarantin.
Bagaimanapun, wanita itu dihantar ke pejabat imigresen selepas dia enggan membayar kos perbelanjaan.
Kementerian Kehakiman kemudian meluluskan pengusiran itu berdasarkan penghakiman tindakan wanita berkenaan bertentangan dengan "langkah-langkah kuarantin kerajaan untuk membendung wabak COVID-19."

Ia kes pertama seorang warga asing diusir kerana enggan tinggal di kemudahan kuarantin. Minggu lalu, lapan warga asing tidak dibenarkan masuk ke negara itu kerana tidak mahu menjalani kuarantin secara suka rela.

-- BERNAMA

#coronavirus #COVID-19 #Imigresen #Incheon #Korea Selatan #Korea Utara #koronavirus #Taiwan #warga asing
;