Wanita warga emas diselamatkan lima hari selepas gempa bumi Jepun
Bernama
Januari 7, 2024 16:16 MYT
Januari 7, 2024 16:16 MYT
TOKYO: Seorang wanita berusia 90-an berjaya diselamatkan, lima hari selepas gempa bumi kuat melanda Jepun yang mengorbankan sekurang-kurangnya 126 nyawa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Wanita itu ditemukan di bawah runtuhan di bandar pantai barat Suzu pada Sabtu, lapor Agensi Berita Kyodo pada Ahad.
Jumlah kematian meningkat kepada 126 dengan lebih daripada 200 orang masih hilang, lapor Kyodo memetik pihak berkuasa tempatan.
Sementara itu, kira-kira 30,000 orang ditempatkan di 370 pusat perlindungan di Ishikawa.
-- BERNAMA