Wanita warga Britain mati ditikam di Australia
AFP
Ogos 24, 2016 13:44 MYT
Ogos 24, 2016 13:44 MYT
Seorang wanita Britain maut dan seorang lagi lelaki cedera dalam satu insiden serangan apabila ditikam seorang lelaki Perancis di sebuah hostel pengembara beg galas Australia.
Insiden tersebut berlaku pada lewat malam Selasa di Home Hill, kata Timbalan Pesuruhjaya Steve Gollschewski kepada pemberita di Brisbane.
Gollschewski juga berkata pihak polis menerima panggilan pada jam 11.15 petang dan mendapati wanita berusia 21 tahun itu mati dan seorang lelaki berusia 30 tahun dalam keadaan kritikal.
Seorang lelaki tempatan juga dilaporkan cedera dalam serangan tikaman tersebut namun telah dibenarkan keluar daripada hospital, kata Gollschewski.
Apabila ditanya mengenai suspek berusia 29 tahun itu mempunyai hubungan dengan militant Daish, Gollschewski berkata “tidak” dan menambah tiada ancama berterusan akan berlaku kepada masyarakat.
"Pada peringkat ini tidak ada tanda-tanda (menunjukkan suspek terlibat dengan militant) ... selain daripada fakta dia bertindak bersendirian," kata Komander Polis Persekutuan Australia Sharon Cowden dalam sidang media yang sama.
"Ia adalah satu kejadian mengejutkan dan masyarakat perlu sentiasa berhati-hati. Dia berada di Australia dengan sah,” katanya lagi.