Wanita tertua Jepun meninggal dunia pada usia 117 tahun
Bernama
Julai 26, 2018 05:54 MYT
Julai 26, 2018 05:54 MYT
Wanita tertua Jepun, Chiyo Miyako, yang berusia 117 tahun, telah meninggal dunia Ahad lepas, menurut Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan pada Khamis.
Dilahirkan pada 2 Mei 1901, Miyako dinobat sebagai wanita tertua di Jepun yang masih hidup selepas kematian Nabi Tajima, juga berusia 117 tahun, pada April, lapor agensi berita China Xinhua.
Susulan kematian Miyako, Kane Tanaka, yang lahir pada 2 Jan 1903, kini merupakan wanita tertua yang masih hidup pada usia 115 tahun, menurut kementerian itu.
Pada April, Guinness World Records telah mengiktiraf Masazo Nonaka, yang berusia 113 tahun, sebagai lelaki tertua di dunia yang masih hidup.