Wanita tersenarai dalam Guinness World Records dengan kain layah terpanjang dunia
Astro Awani
April 1, 2021 12:18 MYT
April 1, 2021 12:18 MYT
SEORANG wanita berjaya menempah tempat dalam Guinness World Records (GWR) kerana memakai kain layah terpanjang di dunia.
Maria Paraskeva dari Cyprus memakai kain layah sepanjang 962.6 meter itu ketika majlis perkahwinannya baru-baru ini.
Video perkahwinan tersebut turut dikongsi oleh GWR di akaun rasmi Instagram badan itu.
Menurut Maria dia bercita-cita untuk memasuki senarai GWR sejak kecil lagi.
"Impian saya sejak kecil lagi adalah untuk tersenarai dalam GWR dengan kain layah di dunia," katanya.
Sebanyak 30 sukarelawan mengambil masa enam jam untuk menyusun kain layah berkenaan.