Wanita seberat 500kg diangkat dengan kren bagi jalani pembedahan

Agensi
Februari 11, 2017 20:51 MYT
Dari Lapangan Terbang Mumbai, Eman dibaringkan di atas katil khas dan dibawa ke hospital dengan menaiki trak.
Seorang wanita Mesir dengan berat mencecah 500 kilogram tiba di bandar Mumbai di barat India awal pagi ini bagi menjalani prosedur pembedahan pintasan gastrik bagi mengurangkan berat badannya.
Eman Ahmed Abd El Aty, 36, yang terlantar di atas katil diterbangkan menerusi penerbangan sewa khas dari Mesir ke Hospital Saifee dibawa ke hospital menggunakan sebuah trak.
Beberapa keperluan istimewa termasuk bilik khas dengan pintu bukaan pintu yang luas turut disediakan di unit kawalan rapi hospital itu.
Di Mumbai, dia bakal dirawat Dr. Muffazal Lakdawala.
Eman sebelum ini dinafikan visa oleh Kedutaan India di Kaherah kerana tidak boleh pergi ke negara itu seorang diri.
Hasil usaha Dr Muffazal yang masuk campur dengan menghantar tweet kepada Menteri Dalam Negeri India, Sushma Swaraj yang kemudian beri kebenaran khas.
Dari Lapangan Terbang Mumbai, Eman dibaringkan di atas katil khas dan dibawa ke hospital dengan menaiki trak.
Sebaik tiba di hospital, kren digunakan bagi mengangkat Eman ke wad.
#Dr. Muffazal Lakdawala #Eman Ahmed Abd El Aty #pembedahan pintasan gastrik #wanita seberat 500 kilogram
;