Wanita Rusia simpan mayat suami hampir tiga tahun

Associated Press
November 21, 2012 14:56 MYT
Kerana terlalu sayang, seorang wanita di Rusia sanggup menyimpan mayat suaminya yang meninggal hampir tiga tahun lepas.
Wanita yang tidak dikenali itu, dikatakan sangat sedih dengan kematian suaminya pada 2009.
Penyiasat kanan Yevgeny Yegorov berkata siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan suaminya mungkin meninggal kerana penyakit.
Wanita itu yang mempunyai rekod masalah mental menempatkan mayat suaminya dalam sebuah bilik dan memaksa lima anaknya bercakap serta menyuap makanan kepada bapa mereka setiap hari.
Dia yakin suaminya akan kembali hidup kerana masih banyak lagi hajatnya yang belum tercapai.
Mayat itu ditemui seorang jirannya ketika memotong dahan pokok berhampiran rumah wanita berkenaan.
#tiga tahun #wanita Rusia simpan mayat suami #Yevgeny Yegorov
;