Wanita pengsan ditumbuk, saksi kejadian hanya selfie dan curi barang mangsa

Agensi
Oktober 28, 2017 10:36 MYT
Imej dari rakaman CCTV menunjukkan wanita tersebut rebah selepas ditumbuk (kiri), dan kemudiannya didatangi seorang lelaki yang hanya mengambil gambar dan kemudian dilihat mengambil barang miliknya. - Foto: Media sosial
Apa perasan anda apabila melihat seorang wanita dipukul dan pengsan di tepi jalan? Mesti anda ingin menghulurkan bantuan, namun berbeza pula situasi dalam satu insiden di Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat.
Seorang wanita pengsan terlentang selepas dipukul oleh seorang lelaki yang tidak dikenali manakala beberapa orang awam di kaki jalan hanya mengambil swafoto malah ada pula yang mencuri barang hak milik mangsa.
Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV), mangsa dilihat berjalan mendekati suspek hanya beberapa saat sebelum dia ditendang dan ditumbuk. Seketika itu, sekumpulan lelaki dilihat berjalan ke arah wanita berkenaan.
Difahamkan, sekumpulan lelaki terbabit tidak menghubungi pihak berkuasa atau bantuan kecemasan, sebaliknya hanya mengambil foto dan mengambil telefon bimbit milik mangsa dan beredar.
"Walau bagaimanapun, mereka kembali semula untuk mengambil foto serta berswafoto," menurut sumber polis.
Menurut sebuah portal berita CBS Pittsburgh, insiden itu telah dirakam sebulan lalu sehinggalah dikeluarkan pada minggu ini.
"Binatang pun tak dilayan sedemikian.
"Ia perbuatan jijik. Anak saya perlukan bantuan," kata ibu mangsa kepada stesen radio KDKA pada Khamis.
Berdasarkan rekod, mangsa merupakan seorang penagih tegar dan dia pernah ditahan beberapa kali atas kesalahan dadah.
#Amerika Syarikat #dipukul #ditendang #ditumbuk #penagih tegar #Pennsylvania #Pittsburgh
;