Wanita obes tidak percaya dia hamil, tuntut ujian 'keperawanan'
Agensi
Februari 18, 2019 07:29 MYT
Februari 18, 2019 07:29 MYT
Seorang wanita hamil yang mendakwa tidak pernah mempunyai teman lelaki secara 'misteri' telah melahirkan seorang bayi baru-baru ini meskipun dia mendakwa dia masih lagi seorang perawan.
Wanita berusia 20 tahun yang berasal dari Guiyang, China itu enggan menerima hakikat yang dia melahirkan seorang bayi selepas dibawa ke hospital kerana mengadu sakit perut.
Menurut doktor yang merawatnya, wanita tersebut tidak dapat menerima kenyataan itu kerana dia sukar melihat perubahan fizikal pada dirinya kerana dia merupakan seorang yang mengalami masalah berlebihan berat badan.
Menurut laporan Mirror.UK, pihak hospital yang memaklumkan kepada wanita bahawa dia mengandung mengalami kesukaran untuk menyakinkannya apabila wanita itu mendesak pihak hospital untuk menjalankan ujian keperawanan sebelum meneruskan pembedahan keatasnya.
Pembedahan bagaimanapun telah selamat dijalankan dan wanita tersebut telah berjaya melahirkan seorang bayi lelaki.
Walau bagaimanapun, bayi yang baru lahir diserahkan kepada ibu bapa wanita itu selepas dia enggan menjaga bayi lelaki tersebut.
Menurut laporan, wanita itu sebelum ini hidup secara bersendirian.
Kerana berat badannya dan kitaran haid yang tidak teratur, dia tidak pernah menyedari bahawa dia telah hamil.
Siapakah ayah kepada bayi terbabit kini masih belum diketahui dan sedang disiasat pihak berkuasa.