Wanita Mesir berang jadi sasaran gangguan seksual
Astro Awani
Februari 19, 2013 22:01 MYT
Februari 19, 2013 22:01 MYT
Peningkatan kes gangguan seksual di Mesir yang semakin menjadi-jadi telah menaikkan kemarahan wanita negara berkenaan.
Gejala ini yang dilihat sebagai kesan buruk revolusi kebangkitan rakyat Mesir turut mencetuskan bantahan dalam kalangan wanita.
Tegas wanita Mesir, revolusi yang berlaku gagal memartabatkan kedudukan mereka.
Mereka kecewa sumbangan wanita dalam usaha menumbangkan kerajaan pimpinan Hosni Mubarak dibalas dengan insiden keganasan serta serangan seksual.
Berang dengan layanan buruk yang diterima, wanita Mesir sekali lagi berhimpun di Dataran Tahrir, mendesak kerajaan pimpinan Mohamad Morsi menghentikan serangan terhadap mereka.