Wanita AS maut diserang jerung di Bahamas

Bernama
Disember 5, 2023 17:09 MYT
Seorang wanita dari Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) maut diserang seekor jerung semasa menaiki papan dayung di pantai berhampiran sebuah pusat peranginan di Bahamas pada pagi Isnin. - Foto REUTERS
MIAMI: Seorang wanita dari Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) maut diserang seekor jerung semasa menaiki papan dayung di pantai berhampiran sebuah pusat peranginan di Bahamas pada pagi Isnin.
Mangsa berusia 44 tahun berdayung bersama seorang saudara lelakinya semasa kejadian pada kira-kira 11.15 pagi (1615 GMT) di barat New Providence, lapor Agensi Berita Jerman (DPA) memetik laporan Miami Herald.
Seorang penyelamat pusat peranginan itu yang menyaksikan kejadian bergegas menyelamatkan mangsa dengan menarik wanita dan lelaki berkenaan ke dalam bot penyelamat, menurut Polis Diraja Bahamas dalam satu kenyataan.
Polis berkata, wanita yang namanya tidak didedahkan cedera parah pada bahagian kanan tubuhnya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Bagaimanapun, masih tidak jelas spesies jerung yang menyerang wanita itu, mahupun saiznya.
-- BERNAMA
#wanita AS #diserang jerung #Bahamas #pusat peranginan
;