Wanita maut dipercayai bakar diri di luar sekolah
Agensi
Mac 13, 2018 21:33 MYT
Mac 13, 2018 21:33 MYT
Seorang wanita disahkan maut terbakar di luar sebuah sekolah di Richmond, London.
Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari Selasa, pelajar di Christ’s Sixth Form Centre sebelum itu terlihat mangsa di luar bangunan sekolah terbabit dengan keseluruhan badannya terbakar.
Menurut pihak berkuasa, punca sebenar kejadian, sama ada mangsa dibakar atau sebaliknya, masih dalam siasatan.
Namun, siasatan awal menyebut, kejadian tiada kaitan dengan sekolah terbabit.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian pada jam 1.41 tengah hari.
Identiti mangsa masih belum dapat dipastikan.
Empat kenderaan bomba dikejarkan ke tempat kejadian dan jalan utama Queens Road ditutup sementara bagi tujuan siasatan.