Wanita mahu kitar semula sisa gula-gula getah untuk cipta tapak kasut

Agensi
Mac 12, 2018 08:51 MYT
Pereka Product di British, Anna Bullus - Saya dapati salah satu jenis sampah yang mudah dikitar semula adalah sisa gula-gula getah kerana ia hanyalah diperbuat daripada getah. - FOTO Youtube/ Trending Now
SEORANG pereka produk di Britain, Anna Bullus, mempunyai misi mengitar semula sisa gula-gula getah yang telah dibuang merata tempat menjadi barangan yang boleh diperbaharui seperti tapak kasut dan kasut but getah.
Menurut Anna, keinginan mencipta tapak kasut dari barang buangan sisa gula-gula getah hadir selepas kejayaannya mencipta tong sampah berbentuk gelembung berwarna merah jambu.
Tong sampah itu dinamakan ‘Gumdrop’ yang dicipta khas untuk membuang sisa gula-gula getah dan digantung pada ketinggian paras kepala.
Sekitar 10 tahun lalu, Anna memulakan projek mencari sisa barangan di tong sampah kitar semula dan dia juga melakukan sampel secara rawak untuk menyelidik barangan yang boleh dikitar semula antara putung rokok dan plastik makanan.
Selain daripada puntung rokok yang sering dilihat bertaburan, gula-gula getah juga adalah antara sampah yang kerap dijumpai di merata tempat.
"Saya dapati salah satu jenis sampah yang mudah dikitar semula iaitu sisa gula-gula getah kerana ia hanyalah diperbuat daripada getah.
“Berdasarkan hasil penyelidikan bahan kimia gula-gula getah, saya menemui bahan utamanya adalah getah sintetik, sejenis polimer yang sama seperti plastik.
"Ia dipanggil polyisobutylene iaitu barang yang ditemui dalam tiub tayar basikal,” katanya.
Menurut laporan BBC.com, lebih daripada £14billion (RM6.7 bilion) dibelanjakan pada gula-gula getah di seluruh dunia setiap tahun tetapi akhirnya ia di buang ke tempat yang tidak sepatutnya.
Anna juga menyedari bahawa sisa gula-gula getah adalah bahan yang boleh digunakan untuk memperbaharui pelbagai barangan dan berguna.
#British #gula-gula getah #Gumdrop #Kita semula #Pereka Produk