Wanita kuat berpeluh tertekan sukar cari pasangan
Agensi
Februari 6, 2018 15:01 MYT
Februari 6, 2018 15:01 MYT
Setiap manusia di dunia ini memiliki perasaan untuk mempunyai pasangan yang diimpikan. Mereka juga memerlukan pasangan agar tidak berasa sunyi selain saling melengkapi antara satu sama lain.
Namun tidak semua orang bernasib baik apatah lagi jika seseorang itu menghidap penyakit yang boleh membuatkan orang sekeliling berasa tidak selesa.
Di Vancouver Island, seorang wanita mempunyai masalah mencari cinta berpunca daripada penyakit hiperhidrosis yang dihidapinya iaitu peluh berlebihan.
Tahap perpeluhan melampau pada tangan dan kaki membuatkan Lydia Carroll hilang keyakinan untuk mendekati lelaki.
Menurut wanita berusia 32 tahun yang berasal dari Australia itu, suhu sejuk mencecah tahap beku juga tidak membantu mengurangkan gejala penyakit tersebut.
Penderitaannya bermula sejak kecil. Pada usia remaja, dia sudah mula berasa risau tentang penyakitnya dan menjadi kurang yakin pada diri sendiri.
Bagi pekerja kedai roti itu, dia perlu memilih pakaian daripada jenis kain tertentu seperti kapas dan denim yang tidak menyerap peluh untuk membantunya kelihatan lebih yakin.
Lokasi kegemarannya? Semestinyalah gimnasium, di mana menurut Lydia, satu-satunya tempat yang dapat menerima orang yang kuat berpeluh.
“Saya sudah mencuba pelbagai jenis losyen daripada pakar untuk memulihkan penyakit peluh berlebihan ini tetapi gagal.”
Untuk kekal positif, Lydia kerap memuat naik gambar di sosial media menggunakan hashtag #normalisesweatin.