Wanita kerdil di dunia sambut hari lahir ke-30
Sinar Harian
Disember 21, 2023 14:37 MYT
Disember 21, 2023 14:37 MYT
WANITA kerdil di dunia, Jyoti Amge telah menyambut hari lahirnya ke-30 bulan ini.
Menurut Guinness World Record (GWR), Amge hanya mempunyai ketinggian 62.8 sentimeter dan dilahirkan pada 6 Disember 1993.
Dia yang ditemui berkata, hadiah terbaik yang diterimanya adalah 'kejutan' pada hari lahir ke-18 tahun apabila GWR melawatnya di rumah bagi mengesahkan secara rasmi bahawa dia sebagai wanita terpendek di dunia.
Laman web rasminya, menyatakan Amge menyertai musim keempat 'American Horror Story: Freak Show' pada Ogos 2014.
Berkisar mengenai sambutan hari lahirnya, Amge yang berasal dari Nagpur, India mendedahkan dia pernah diberikan kek hari lahir sebesar saiznya oleh seorang rakan dari Amerika Syarikat.
Sepanjang dinobatkan oleh GWR, Amge pernah mengembara ke beberapa negara untuk berjumpa dengan individu senasib dengannya.
Pada tahun 2012, dia bertemu dengan lelaki terpendek di dunia, Chandra Bahadur Dangi di London.
Dangi hanya berketinggian 54.6 sentimeter dan lebih pendek dari Amge. Lelaki kerdil itu meninggal dunia pada tahun 2015.
Sultan mempunya ketinggian 251 sentimeter (8 kaki 2.8 inci) atau empat kali ganda tinggi daripada Amge.
Difahamkan kedua-dua dijemput ke Mesir oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Mesir bagi membantu meningkatkan pelancongan di negara itu. - Sinar Harian/ Agensi