Wanita, kanak-kanak antara 6 terbunuh dalam serangan pengebom bunuh diri

Agensi
Disember 3, 2017 05:28 MYT
Seorang wanita dan kanak-kanak adalah antara enam orang awam yang terbunuh apabila pengebom bunuh diri tersebut meletupkan dirinya di atas motosikal. - Foto AP
Seorang pengebom bunuh diri telah menyebabkan sekurang-kurangnya enam terbunuh di Jalalabad pada Ahad, sehari selepas bandar raya Afghanistan itu digegarkan oleh letupan di stesen televisyen yang meragut dua nyawa.
Seorang wanita dan kanak-kanak adalah antara yang terkorban apabila pengebom tersebut meletupkan dirinya di atas motosikal, kata pegawai tempatan.
Sementara itu, lapan lagi cedera dalam kejadian yang berlaku di luar stadium bola sepak itu selepas berakhirnya perhimpunan penyokong Presiden Ashraf Ghani.
Tiada siapa mengaku bertanggungjawab atas serangan itu yang berlaku sehari selepas insiden pengeboman yang membunuh dua anggota agensi perisikan Afghanistan di wilayah Nangarhar, Jalalabad.
Pada Sabtu, militan melancarkan serangan roket ke atas stesen TV swasta yang mencederakan 10 orang termasuk anggota tentera.
Kumpulan militan Daish mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.
#Afghanistan #bunuh diri #daish #letupan #maut
;