Wanita Kanada maut dalam serangan di Jordan

Reuters
Disember 18, 2016 00:24 MYT
Seorang pelancong wanita dari Kanada antara lima terbunuh apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah polis di selatan Jordan. - Google Maps
Seorang pelancong wanita dari Kanada antara lima terbunuh apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah polis di selatan Jordan di Karak pada Ahad.
Menurut sumber keselamatan, pasukan keselamatan mengepung istana era Perang Salib di bandar pergunungan di mana lelaki bersenjata menawan tebusan dan mula melepaskan tembakan ke arah polis, yang menghantar anggotanya dari kawasan sekitar.
"Empat yang maut adalah anggota polis dan seorang lagi mangsa adalah pelancong wanita dari Kanada," kata sumber itu.
Jelas sumber itu lagi, sembilan yang lain cedera dalam serangan di bandar terletak 120 kilometer di selatan ibu kota ini.
Bagaimanapun, identiti penyerang tidak dikenal pasti.
#Jordan #Kanada #karak #pelancong #Perang Salib
;