Wanita jilat barang dalam pasar raya, barangan bernilai RM8,000 terpaksa dimusnahkan
AFP
April 9, 2020 11:29 MYT
April 9, 2020 11:29 MYT
KETIKA masyarakat seluruh dunia meningkatkan langkah menjaga kebersihan bagi mengelakkan COVID-19, seorang wanita berkelakuan pelik dengan menjilat pelbagai barangan di sebuah pasar raya.
Dalam kejadian di Los Angeles, wanita berusia 53 tahun itu ditahan Jabatan Polis South Lake Tahoe selepas perbuatannya dilihat kakitangan pasar raya berkenaan pada Selasa.
Jurucakap polis berkata, ketika pasukannya tiba di pasar raya berkenaan, mereka diberitahu suspek meletakkan beberapa barangan kemas di atas tangan sebelum menjilatnya.
"Dia kemudian memasukkan pelbagai barangan runcit lain termasuk daging dan minuman keras ke dalam trolinya.
"Siasatan polis mendapati dia tidak berhasrat membeli semua barangan terbabit," katanya seperti dilaporkan AFP.
Difahamkan, kebanyakan barangan runcit itu turut dijilat oleh suspek.
Suspek kemudian ditahan kerana kesalahan jenayah vandalisme dan barangan yang berada di dalam trolinya bernilai hampir RM8,000 terpaksa dimusnahkan kerana sudah tercemar.
#barangan kemas
#barangan runcit
#ditahan polis
#jilat
#Los Angeles
#Nevada
#polis
#vandalism
#wanita