Wanita Indonesia mati tertembak lebih 100 peluru di Texas
Astro Awani
Oktober 11, 2022 08:15 MYT
Oktober 11, 2022 08:15 MYT
SAN ANTONIO: Seorang wanita warga Indonesia yang tinggal di San Antonio, Texas, Amerika Syarikat (AS) terbunuh dalam satu insiden tembakan minggu lalu.
Menurut polis tempatan, kediaman wanita tersebut dipercayai tersalah sasar oleh sekumpulan penembak.
Novita Brazil, 25, dikatakan sedang bekerja pada 12.30 pagi apabila kumpulan penembak melepaskan lebih 100 peluru ke arah rumahnya.
Insiden itu turut mencederakan tetamu penginapan AirBnb yang menginap di kediaman sama.
Menurut laporan media tempatan, lima remaja berusia 14 hingga 17 tahun yang ada kaitan dengan serangan itu ditahan.
Polis percaya pertikaian geng sebagai punca serangan.
Konsulat Jeneral Indonesia di Houston memaklumkan pihaknya sedang menguruskan penghantaran pulang mayat Novita untuk dikebumikan di kampung halamannya di Semarang, Jawa Tengah.
Keluarga Novita dalam pada itu memaklumkan meminta ruang diberikan ketika ini.
Satu kutipan amal juga dilancarkan bagi Novita.
Mangsa menetap di Texas bersama suaminya Robert Brazi Jr sejak tiga tahun lalu.