Wanita ditarik keluar dari sungai Thames selepas serangan di London
Agensi
Mac 22, 2017 01:27 MYT
Mac 22, 2017 01:27 MYT
Seorang wanita berjaya diselamatkan selepas serangan di atas jambatan berhampiran Parlimen Britain di Westminster.
Pihak berkuasa Port of London Authority (PLA) menambah, wanita itu mengalami kecederaan serius dan sedang dirawat.
"Seorang wanita dengan kecederaan serius berjaya ditarik keluar dari Sungai Thames berhampiran Jambatan Westminster," jurucakap PLA dilaporkan berkata kepada Reuters.
"Dia sedang menerima rawatan kecemasan".
Dia turut menambah, kawasan sungai itu juga telah ditutup untuk semua laluan trafik biasa.