Wanita ditahan selepas serang pejabat PM New Zealand
Bernama
Oktober 27, 2022 06:00 MYT
Oktober 27, 2022 06:00 MYT
WELLINGTON: Seorang wanita berusia 57 tahun ditahan pada Khamis berhubung insiden serangan ke atas pejabat perwakilan Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern di Auckland, lapor Xinhua.
Pejabat Ardern menjadi sasaran dan sebilah pedang dilaporkan ditemukan di luar bangunan, menurut perkhidmatan kecemasan.
Wanita itu cuba memecahkan pintu hadapan pejabat dengan menggunakan pedang dan membaling objek ke dalam bangunan hingga mengeluarkan asap, kata seorang saksi.
Insiden berkenaan masih dalam siasatan dan tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.
Ardern kini berada di Antartika untuk rangka lawatan empat hari bagi meraikan ulang tahun ke-65 Pangkalan Scott New Zealand, satu-satunya stesen penyelidikan Antartika di negara itu dan dijadual pulang pada Jumaat.
-- BERNAMA