Wanita digigit iguana semasa lakukan yoga di tepi pantai
Astro Awani
Ogos 21, 2021 06:12 MYT
Ogos 21, 2021 06:12 MYT
SEORANG wanita digigit seekor iguana semasa melakukan yoga di tepi pantai pada Sabtu.
Rakaman video yang dimuat naik pengguna Twitter @bahamahoopyyogi tular di media sosial dan sehingga pagi Ahad, rakaman itu telah ditonton sebanyak 1.7 juta kali.
Wanita berkenaan, yang juga seorang pengajar yoga di Bahamas, dilihat sedang melakukan satu gaya yoga sebelum iguana terkenaan menghampiri wanita itu lalu mengigit jarinya.
Dalam nota ringkas bersama video berkenaan, wanita itu berkata, jarinya berdarah setelah digigit reptilia itu.
Dia turut menjelaskan terdapat puluhan iguana di pantai berkenaan.
Selepas insiden itu, wanita berkenaan memberitahu dia telah berjumpa doktor dan diberi rawatan antibiotik.