Wanita dedah skandal Clinton-Lewinsky meninggal dunia

Agensi
April 9, 2020 11:30 MYT
Linda Tripp meninggal akibat kanser pankreas. -AP
Seorang penjawat awam Amerika Syarikat (AS) yang dikenali kerana mendedahkan skandal melibatkan mantan presiden Bill Clinton dengan bekas pelatih White House meninggal dunia pada Rabu.
Linda Tripp, 70, meninggal akibat kanser pankreas, umum keluarganya kepada media tempatan.
Mengikut rekod, Linda pada ketika itu bertugas di Pentagon berkawan baik dengan Monica yang beza umur mereka 24 tahun.
Pada waktu itulah dia mengetahui wanita muda tersebut menjalin hubungan seks dengan presiden dan kemudian secara sembunyi merakam perbualan mereka.
Pendedahan rakaman perbualan Bill Clinton dengan Monica Lewinsky menjadi titik tolak percubaan menjatuhkan Presiden AS itu pada 1998.
Bagi kalangan penyokong Bill Clinton, Linda Tripp seorang yang jahat dan bertindak mengecam tindakannya itu.
Namun Linda tidak pernah berasa bersalah atas apa yang dilakukannya dan menegaskan perbuatan seorang Presiden ke atas bekas pelatih Rumah Putih itu perlu didedahkan.
Linda kemudian menyerahkan pita perbualan itu kepada pendakwa raya khas Kenneth Starr yang mengetuai siasatan ke atas pentadbiran Bill Clinton.
Skandal seks itu menjadi antara punca kejatuhan Bill Clinton sebagai Presiden AS ke-42 dari tahun 1993 ke 2001.
Sementara itu, Monica yang dahulunya mengaku amat membenci Linda atas tindakannya dahulu, bagaimanapun mendoakan agar dia sembuh.
"Tak perlu ungkit kisah lalu, apabila mendapat tahu Linda Tripp sakit kuat, saya mendoakan dia sembuh.
"Tidak dapat dibayangkan betapa sukarnya berita ini buat keluarganya," tulis Monica di akaun Twitternya.

no matter the past, upon hearing that linda tripp is very seriously ill, i hope for her recovery. i cant imagine how difficult this is for her family.

— Monica Lewinsky (@MonicaLewinsky) April 8, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Bill Clinton #linda tripp #Monica Lewinsky #rakaman perbualan #Skandal #skandal White House
;