Wanita dakwa 'diberi nasihat' untuk kelar leher, buang mayat anak dalam tong sampah
Agensi
Ogos 26, 2020 08:21 MYT
Ogos 26, 2020 08:21 MYT
Seorang wanita di Fort Worth, Texas, Amerika Syarikat mendakwa 'diberi nasihat' untuk membunuh anak perempuannya sebelum membuang mayat kanak-kanak itu ke dalam tong sampah.
Dalam kejadian pada Isnin lalu, Krystal Lewandowski, 34, dilapor telah menghubungi polis kira-kira pukul 11 pagi bagi melaporkan kehilangan anaknya.
Ketika menjawab soalan berkaitan kehilangan anaknya, tiba-tiba wanita berkenaan memberitahu pegawai operator 911 mengenai perbuatannya terhadap kanak-kanak malang itu.
"Saya dinasihatkan untuk mengelar lehernya.
"Kemudian saya balut mayatnya dan saya letak dalam tong sampah," kata Lewandowski.
Pegawai polis kemudiannya tiba di kediaman wanita itu dan menemukan mayat kanak-kanak berusia empat tahun di dalam tong sampah di belakang rumah.
Ketika disoal siasat, suspek memaklumkan kepada polis bahawa dia telah 'menyelamatkan' anaknya itu daripada sesuatu yang lebih buruk.
Siasatan awal polis mendapati ada seorang lagi kanak-kanak berusia setahun yang turut tinggal di rumah tersebut namun telah dihantar ke rumah penjagaan pada hari kejadian.
Suspek kini ditahan dan kes sedang disiasat.
#4 tahun
#Anak perempuan
#buang mayat dalam tong sampah
#Fort Worth Texas
#kelar leher anak
#Krystal Lewandowski
#Operator 911