Wanita Chicago kes kedua positif koronavirus di Amerika Syarikat
Astro Awani
Januari 25, 2020 09:47 MYT
Januari 25, 2020 09:47 MYT
Seorang wanita Chicago menjadi pesakit kedua dari Amerika Syarikat (AS) yang sah menghidapi jangkitan koronavirus.
Agensi berita AP melaporkan pihak kesihatan AS sebagai berkata, wanita yang berusia 60an itu, kembali dari China pada 13 Januari tanpa sebarang simptom, namun beberapa hari kemudian dia mula berasa kurang sihat.
Pesuruhjaya Kesihatan Awam Chicago Dr Allisson Arwardy berkata, pesakit itu sedang menjalani rawatan dan akan terus berada di hospital untuk tujuan kawalan jangkitan.
Awal minggu ini, seorang lelaki berusia 30an dari Washington, dilaporkan menjadi warga AS pertama sah menghidapi virus itu, selepas kembali dari Wuhan, China.
Pusat Pengawalan Penyakit dan Pencegahan AS menjangkakan lebih ramai rakyat negara itu akan disahkan menghidapi virus itu dalam hari yang mendatang.