'Wanita Besi' Angela Merkel secara tak rasmi kekal Canselor Jerman

Agensi
Mac 4, 2018 12:01 MYT
Angela Merkel mengekalkan kedudukannya sebagai Canselor Jerman bagi penggal ke-4 berturut-turut - Foto REUTERS
Majoriti anggota Parti Demokratik Sosial hari ini memilih untuk membentuk kerajaan campuran dengan blok konservatif di Jerman.
Keputusan itu sekaligus meletakkan Angela Merkel secara tidak rasmi kekal sebagai Canselor negara itu buat penggal keempat.
Keputusan yang diumum pada Ahad itu menamatkan ketidaktentuan politik di negara ekonomi terkukuh Eropah itu yang berlarutan sejak hampir enam bulan lalu.
Daripada 464,000 ahli yang layak mengundi, dua pertiga daripadanya mahu kerjasama politik itu diteruskan.
Sosial Demokrat menyerahkan kepada anggotanya untuk membuat keputusan susulan kemerosotan sokongan dalam pilihan raya tahun lalu.
Sidang parlimen khas dijadual diadakan minggu depan bagi pelantikan secara rasmi 'Wanita Besi'berusia 63 tahun itu sebagai canselor sekaligus menyelamatkan karier ahli politik paling dominan di Eropah itu.
#Angela Merkel #Canselor #ekonomi #Jerman #kerajaan #Parlimen #pilihan raya #politik