Wanita bersalin di balai polis, tinggal bayi dalam tandas

Astro Awani
Februari 26, 2019 20:37 MYT
Polis Thailand sedang mengesan seorang wanita yang baharu melahirkan anak dan meninggalkan bayinya yang masih bertali pusat itu di dalam tandas Balai Polis Chiang Mai.
Polis Thailand sedang mengesan seorang wanita yang baru melahirkan anak dan meninggalkan bayinya yang masih bertali pusat di dalam tandas Balai Polis Chiang Mai.
Kejadian berlaku semasa wanita berkenaan dikatakan masuk ke tandas pada kira-kira jam 1.30 pagi Isnin.
Dia kemudian dipercayai melahirkan bayi itu sebelum berlalu keluar.
Seorang tukang cuci mendengar tangisan bayi dan melaporkannya kepada polis.
Kumpulan penyelamat dari Yayasan Rumjai turut dipanggil ke lokasi kejadian.
Bayi malang itu kemudian dikejarkan ke Hospital Maharach Nakorn Chiang Mai.
Siasatan awal mendapati rakaman litar tertutup (CCTV) tiada dalam rekod simpanan semasa kejadian.
Polis bagaimanapun akan menggunakan rakaman CCTV di luar balai polis berkenaan bagi membantu siasatan.
#anak #bayi #CCTV #polis #siasatan #Thailand #wanita
;